labeless

Friday, April 30, 2010

setibanya naga~~~

Petang ku hari semalam ( betul kot ayat nie )dipenuhi dengan aktiviti ber CCN 9258 menuju ke pusat pelancongan yang menyajikan satu kawasan perairan yang terkenal di sekitar wilayah ku yang makmur lagi damai..kat mana lagi kalau bukan kat tasek semulajadi antara yang terbesar di Malaysia..huhu antara destinasi yang aku bangga kan sebagai pemastautin di daerah nie..mau tak bangga nya kat tempat korang ada ke tasek cam kat kampung aku..setakat tasek korek pastu jumpa cacing watpe..tasek aku ada naga..haaa mula r korang..

                                                     nie la jeti kayu yang aku maksudkan tadi

aku berkonvoi ke sana ( 2 ketul jentera je pun ) bersama 3 lagi kaum wanita yang agak perkasa huhuhu..tapi kali ini kami melencong ke kampung halaman kaum orang asli..saja nak ziarah saudara kawan aku ( nadia )..sampai je kat sana kami ternampak satu jeti kayu yang usang  menuju ke muara tasek milik penduduk setempat..punyalah kampung gila aku rasa..cam pemandangan kat poster plak..

                                        oh  teratai~~bunga indah~~engkaulah pujaan hatiku~~

 kitorang pun nak menyibuk la menuju kesana huhuhu..masa tu ramai la kanak2 rabena melepak sambil makan buah/ kacang bunga teratai di jeti tersebut..tapi setibanya kami disitu diorang mula beredar dan aku sempat gak tanya 2 3 orang OA kenapa lari..diorang jawab "takut, nanti mak marah.."kecik ati aku korang tau tak..cam la aku nie naga jelmaan cam cerita2 yang nenek moyang diorang canangkan sejak dulu tu..tapi tak tau la kalau kawan2 aku yang lagi 3 orang tu spesies karnibal huahuahua...eh korang mesti tau kan tasek ape..lain la kalau korang tak pass subjek kajian tempatan atau geografi hahahahahaha

Thursday, April 29, 2010

mak aiiiiiiiii~~~~

Arini aku off 3 ari...pergghhhh best gila babas siot..leh bangun tengahari di hujung bulan ini..saat yang aku idam2 kan..tapi kul 6.45 memang wajib bangun la coz aku dapat cuti dari company berbayar but not from my family bisnes..dalam famili bisnes plak aku jadi driver adik aku g ngantar dan menjemput dari sekolah..hahaha benci aku!!!yang aku nak kongsi cerita pasal pagi tadi..sedang aku enak bergolek di atas tilam yang bukan berjenama VONO, tiba2 aku terdengar dari lubang radio tentang blogger dapat 4 jutaaaa!!! mak aiiiii...memang otai la mamat or minah tue ( coz aku tak dengar plak laki atau pempuan )..aku tak impikan sampai 4 juta pun, dapat 4 ribu pun jadi la kurang2 nya leh aku langsaikan jentera CCN 9258 ( bak kata manager aku tadi  huhu )..perghh kalau laki memang slumber je kawin 4 terus pastu bagi setiap bini BMW ok tak hahahaha...
tapi sebenarnya.....
tu suma propaganda dunia politik...ahh...persetankan mereka..aku tak mau tau pasal politik sekarang!!!!!!

Wednesday, April 28, 2010

puake~~~

Nie la trademark student baru yang aku penah umpat kan dulu tu..kalau ada je yang silap atau orang kacau ayat nie la yang terpacul dari bibir diorang yang siap di cat ngan lip glos  murahan pada fikiran aku..coz dah tercongek2 bibir cam kena ketik semut plak aku tengok..bukan nak kutuk tapi aku ngah pikir cara macam mana aku nak sedar kan diorang yang sebenarnya diorang di landasan yang salah ( tak habis2 ngan landasan kan )..kalau muka tu takyah cakap la..kalah dayang atau nurul si janda ajai tu..bedak aku rasa sekali pakai mau separuh botol..takpun kalau bedak compact sekali pakai dah boleh nampak besi kat tengah bedak tu..aku tengok sekarang nie makin menjadi2 koloni diorang nie, makin bertambah plak..yang aku pelik nya tak kan sorang pn dari mak bapak diorang tak tegur, marah atau perasan ngan sikap diorang nie..cuba korang fikir..apa yang diorang boleh buat di masa hadapan kalau berterusan camnie selain dari lari pecut dek di kejar JAIP belakang lorong..tak de sepicing pun niat aku nak hina, kutuk.or etc ngan diorang nie tapi macam mana plak ngan kaum wanita yang akan berperang sesama sendiri gara2 terpaksa poligami ( berkongsi laki...eee xnk aku )..nie semua disebabkan kepupusan kaum lelaki yang tulen..aku harap jodoh aku pada masa akan datang lelaki tulen yang gagah perkasa lagi ber 6 pad hahahahahaha..........mmg puakeeeeeeee

panas + masam~~~

Arini 28 April 2010...aku tension dan bengang dari kul 2.00 - 2.45 p.m...pas lunch kat umah tadi mak aku buatkan air sunquick + limau nipis untuk abah dan bekal aku ke ofis....untuk jaga badan dan kempiskan perut katanya..pastu abah aku plak pesan suruh pegi ambik adik aku yang mengada tu balik sekolah..mak aku kata pukul 2.00 pm dia abis kelas..so aku pun g la tunjuk muka kat manager aku dulu pastu baru g amik dia naik CCN 9258 ku yang tak berbumbung tu..tunggu punya tunggu punya tunggu takde pun lagi batang hidung dia ( hidung plak ala lambang BMW )..ais dalam bekal air aku dah mencair..aku nak balik masuk ofis dulu kang takut dia dah kuar..so aku pun ngan muka cam jering + peria nya redha jela perasaanku di permainkan sedemikian rupa..rupanya dia kuar klas pukul 2.30 p.m...sampai ofis dah kul 2.45..aku cuak gak takut manager aku kuarkan ayat sentap..naseb bek dia faham ( taktau la kalau dia wat2 faham2 je )..untuk hilangkan tension aku pun meneguk la air pemberian mak aku tadi untuk stabilkan meter geledakan aku di paras yang ideal..terkenyit aku sendirian..masam gila..aku rasa mak aku plak lupa taruk gula..patot la tadi aku dengar cam dia kata taruk gula.. tapi aku ingat dia suruh aku taruk atau taruh ( simpan ) gula..aku pun buat taktau jela sebab balang gula memang dah ada kat dalam kabinet... emm~~~

Tuesday, April 27, 2010

ting tong~~~

HaHaHa dah bertahun aku keje baru dapat kuarkan sebiji jentera ringan..all my frends yang sebatch ( bukan bitch ) aku kebanyakkan tak basah time hujan dan tak berpeluh time panas terik coz di payungi atap zink + besi.. tapi aku setia pada rain coat aku yang bukan berjenama GIVI pun..tapi takpela sekurang2nya aku dapat merancang perjalanan aku selari dengan keadaan cuaca..kira cam nie la..time ujan lebat dan panas terik takyah kuar hehehe.. tapi jeles gak tengok orang lain melenggak je ngan biba, mybi,saga dan macam2 lagi la..tapi takpela mak aku kata sekurang2nya aku tak di bebani hutang yang banyak ( ayat sedih )..sebenarnya aku pun nak tarik yang 4 roda gak tapi pikirkan famili aku banyak nak pakai duit lagi skang nie memandangkan ada lagi adik masih belajar..takpela aku naik yang beroda 6 siap ada driver lagi hahahaha

i am sorry i can't be perfect~~~

 ~~~hey dad
look at me
think back and talk to me
did i grow up according to plan~~~

Secara seriusnya aku selalu berfikir betul ke apa aku dah wat sepanjang aku hidup selama nie..mase kecik2 dulu aku pernah terdengar bila abah bercakap ngan mak aku yang dia sebenarnya dah ada plan untuk anak2 dia..dia selalu ulang2kan apa yang di cakap kan tu..sampaikan aku boleh ingat sampai sekarang nie..yang aku ingat pasal harapan dia untuk masa depan kami 4 beradik ( masa tu 4 orang je pastu mak aku termiss makan ubat )..macam2 kerjaya yang dia pilih kan untuk kitorang..tapi yang wat aku terkilan takde sorang pun yang ada di landasan yang abah aku bina..kira cam semua tersasar la nie tapi xtakde la sampai jadi penagih tegar, perogol bersiri atau jadi bomoh..kami bertiga juga bekerjaya tapi di luar impian abah aku je.. adik perempuan aku yang  kat UMP ngan adik laki aku yang manja+mengada yang PMR tu jer harapan abah aku sekarang..

Monday, April 26, 2010

sihir di blog~~~

Arini aku tak kira aku tekad gak nak kejar rating manager aku coz dia dah capai sasaran seminggu dia..hangin je aku rasa..yang aku tak tahannya tiap kali ada orang view blog dia, dia ngan bongkaknya akan "nganjing" kat aku..aku pun pelik kenapa ada makhluk yang tak tahu dari mana kewujudannya boleh plak jadi followers dia..nak kata dia lebat wat promosi memang pun tapi ada outsiders gak..tu yang pelik..aku rasa dia nie ada ayat manis la sampai orang leh ikot..abis tu tak kan besar sangat pengaruh dia sampai leh tunduk kan orang ikot arahan dia suruh wat blog..em pelik gak aku~~~

sekali fikir~~~

Arini kakak aku mula menghadiri kursus selama 3 hari di Rompin, so tinggal la suami dan anak tunggalnya Daniesh yang berumur 6 tahun..

..3 tahun lepas pun kakak aku pernah pergi gak tapi kat kuantan je..masa tu dalam sehari ntah berapa kali call her husband coz rindukan anak dia and on that time gak anak dia selalu tanya mana mama..maklum la baru pandai bercakap..malam sebelum berangkat pun dah sedih semacam coz nak berpisah ngan anak siap tidur bertepek lagi..sama gak la cam malam kemarin..kakak aku tak lekang dari anak dia, nak tido pun nak pelok anak..tengahari tadi abang ipar aku tinggal anak dia kat umah mak aku..sian plak aku tengok cam anak yatim dah coz pakai baju lain suar lain..masa aku ngah bsiap nak g keje aku aku nyakat la dia kata "padan muka mama tinggal,mama g mandi laut " sambil aku bejalan kuar dari umah...aku tersentak ngan jawapan dia..bleh plak dia jawab, takpela Daniesh lagi suka mama g sana, Daniesh bleh main sepah2 kat dalam umah. Kalau mama ada mama marah Daniesh~~~~hahaha slumber je anak buah aku nie...naseb bek budak lagi kalau tak aku antar dah masuk sekolah henry gurney..tersebut adalah gambar beliau yang seakan2 profesor cilik..

Sunday, April 25, 2010

kedekut ke pemurah~~~

darjah 1 sampai 6 aku sekolah kat kampung je..yang aku ingat jawatan yang pernah aku sandang time nie ketua darjah, penolong ketua darjah dan pengawas perpustakaan..em rasa bangga je jadi orang kepercayaan sekolah nie..walaupun tak berapa nak amanah gak aku nie coz tak faham sangat ngan tanggungjawab yang di pikul. masa jadi ketua darjah bapakla bongkak dan kejamnya aku nie kalau korang nak tau..sape2 yang tak geng dan ngam ngan aku, silap sikit je aku akan mengadu kat cikgu..masa nie mesti ramai yang dendam ngan aku hahaha..waktu nie gak aku selalu jual buah jambu air kat dalam kelas..orang lain tak boleh jual..jambu air kat rumah yang mak aku tanam memang sedap..rasa2nya kat area umah aku tu umah aku je yang ada pokok buah jambu air..aku jual seposen sebiji..hahaha masa nie pikir nak untung lipat ganda je..xde sedekah amal jariah langsung..tapi kalau kat yang bukan geng aku, aku jual 2 posen..hahha bapak la jahatnya..hasilnya dapat la singgit atau 2 hengget lebih dan aku akan wat belanja waktu rehat di sekolah dan kalau korang nak tau aku pun belanja gak kawan2 aku yang beli buah tadi..hahha baik gila aku kan..aku pun tak tau kenapa aku bersifat sedemikian..

Friday, April 23, 2010

besar sangat~~~~~

arini aku ketawa x hengat...dari kul 5 pm sampai terbawak2 ke umah..al kisahnya camnie..arini aku ade 3 orang student baru..kalau dalam kad pengenalan nama diorang nie semua berBIN..tapi lagak diorang nie cam akak2  gitu...so faham2 jela..mula masuk pun dah macam2 kerenah diorang  yang wat aku ketawa dalam hati..yang sorang cam ziana zain dah..jangan kata jari tangan je lentik, bulu mata pun dia kebas mascara volume express kakak dia kot..aku pun layan jela..kebetulan arini internet server down, so tak ramai la student ..untuk diorang nie aku mulakan dengan asas komputer je dulu..memandangkan hanya tinggal mereka bertiga so aku cuma wat kelas di luar je..ada yang single dan couple desk..aku mulakan kelas dengan microsoft word..sebelum aku mula aku tanya apa yang diorang tahu atau faham tentang komputer..masing2 bagi jawapan yang taknak mengalah..so aku skip la mana yang aku rasa diorang  dah faham..first sekali aku suruh diorang wat biodata masing2..budak yang dok kat single desk nie memang seriusly tak tahu pasal komputer..its ok la banyak tanya dan nak belajar..so aku banyak fokus pada dia..aku biarkan sekejap yang couple desk nie tapi dalam masa yang sama aku suruh diorang  bold biodata diorang tu.. masa ngah guide budak sorang tu, tiba2 budak tengah tu tanya macam mana nak bold..aku bagitahu la gerakkan mouse dan letak di ikon2 yang ada di atas dan akan keluar la nama ikon tu..so kena cari la satu2..pastu aku sambung guide budak sorang lagi tu..tiba2 aku dengar cam ada orang mendengus tak puas hati sambil berkata "mananya bold,dah la menda nie besar..aku tak nampak pun"..korang nak tau kenapa diorang tak jumpa cari BOLD ikon ??sebab budak tu g angkat mouse pas2 ngan slumbernya tepek kat screen sambil gerak2 kan~~~~so korang bayangkan la camna aku taknak ketawa..

Saturday, April 17, 2010

dalam hati ini~~~~~~

ada namamu~~~nama sorang insan ~~~yang aku rindu~~~

emm...mati itu pasti..tp bait lagu nie la yang membesar seusia ngan zaman remaja aku dan my cousin..mulanya aku tak la minat gila ngan band atau vokalis dia..tu pun sebab cousin aku nie bleh kata hari2 nyanyi n dengar lagu nie..balik sekolah je bukak radio dan tunggu lagu kegemaran dia..bukan apa time nie lagu MENGUSUNG RINDU ngah top kat radio..sambil dengar, nyanyi dan hafal dia tulis sikit demi sikit sampai la habis lirik satu lagu nie dia salin kat belakang buku sekolah..kalau la blajar pun rajin camni tak la spm kantoi kan hahahaha...sampai sekolah bangga tunjuk kat kawan2 yang dia ada lirik lagu nie..pantang class skip jap je dan kadang tu cikgu tak sempat kuar kelas lagi mesti budak pempuan yang gedik2 nie dok berkumpul kat satu meja nyanyikan lagu nie ramai2..punyala fanatik..masa tu keluar la macam2 statement dan gosip yang kadang2 di reka untuk memeriahkan majlis hahaha..nak di jadikan cerita ada sorang kawan aku nie kira anak orang berada dan bersifat selok sikit..dia beli la kaset SPIN dan menunjuk pada kawan2 yang lain..jangan kata nak pinjam, nak sentuh pun tak di berinya..punyalah haramJ budak nie..cousin aku nie hangin la coz sifat PHD dia nie tahap kritikal..biase la budak2 lagi masa nie..cousin aku nie pun ngan tekad dan keazaman yang tinggi telah mencuri kaset tu masa time rehat..habis je time belajar terus aku pergi rumah dia coz nak melepak dan merai hasil haram cousin aku tu..punyalah berianya kitorang nyanyi sambil bergilir membaca kertas lirik yang kat dalam kaset sampai berebut2 korang taw tak..last2 mak sdara aku merangkap mak kepada cousin aku datang tutup radio dan marah kitorang coz bising..dia bukak radio nak amik kaset tapi malangnya kaset terlekat dan ngan slumbernya dia tarik tali kaset ( ala yang bergulung tu la ) sampai terabur kat lantai...huhu..naseb baik anak dia nie solehah..kalau tak mesti dah lari umah dek kerana kaset kumpulan kesayangan dia tu..aku pun tumpang sedih la tp nak wat camne..amik cara tak elok gini la naseb..tapi korang jangan tak tau plak yang jari antu aku belah kanan kematu gara2 menyalin semua lirik lagu SPIN nie..cousin aku plak siap pecah tabung nak beli kaset kat pasar malam..tu la kenangan masa zaman kegemilangan SPIN dan zaman kenakalan kitorang...

mula-mula....

em bila dah berjinak dengan penulisan blog nie, aku ingat aku je yang akan terpening rupanya manager aku pun same geli je meroyannye hahaha...mahu taknya apa saja yang terspontan keluar dari mulut kitorang atau users kat sini mesti akan jadi bahan untuk di kupas dan dimuatkan dalam blog kami untuk tatapan kalian..mula-mula aku cuma mahu coba je bak kata Faizal Tahir..namun akhirnya menjadi seronok dan rasa kalau tak menaip rasa cam masak tak taruk garam je..sebelum nie kalau time keje mata aku tak lekang nengok ke jam kat dinding, kat tangan, kat desktop kat henpon sambil dok countdown sorang2 untuk punch out ..bukan tak ikhlas @ amanah ngan kerja tapi tu la hakikatnya..bosan..tapi sekarang time lunch break pun rasa taknak berganjak dari kerusi nie walaupun dah panas...ahakz..

Friday, April 16, 2010

my 1st time

kali pertama @ pertama kali ????? mana-mana pun boleh kot..
  • masuk sekolah ?
  • couple ?
  • kene marah ?
  • kantoi ?
  • period ? banyak yang nak di kisah kan dalam my 1st time..
arini 17 April 2010...for the first time aku menulis di blog aku sendiri..ni galakan, birahan, miangan,dan seangkatan dengannya dari my own manager..bukan ape..aku rase my manager malas nak melayan setiap huruf, nombor, abjad, sukukata mahupun peribahasa dari aku setiap kali jumpa..for the first time gak, cuba korang tolong bayangkan~~~~~ kat tempat keje aku nie cume ade 2 org staff termasuk aku plak tu..dah la seminggu 3 kali je dapat bersua muka..so, banyakla menda yang nak aku cerita dan luahkan (kalau rase nak meningal cubelah luah perasaan..dah kawen dowh ).ye...amat bosan...ape lagi yang aku boleh buat selain dari menekan dan meraba keypad ngan jemariku yang hampir keletu..dari satu page ke page lain semua aku teroka..sampai dah terganjak latitud mata aku.. kalau la aku serajin nie dulu mesti tak kantoi spm aku hahaha..tapi mulai detik ini rutin hidupku bakal terpesong skit ( bukan aqidah la..aku grad sekolah agama gak.. ) untuk pertama kali aku rase banyak sangat nak kongsikan pengalaman dan kenangan sepanjang 25 tahun hidup nie..jom....